
PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu Covid-19 menurun ke bawah 5,000 kes dengan 4,782 kes dilaporkan hari ini berbanding 5,666 kes direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,436,498 kes setakat ini.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data kes akan dikemas kini setiap hari selepas tengah malam.
Sehingga 25 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,782 kes (2,436,498 kes).
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 25, 2021
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost