Pelajar Sabah Johan Pertunjukan Boneka Di Festival Seni Amerika Syarikat

KENINGAU: Pasukan pelajar Kolej Vokasional Keningau yang terdiri daripada dua sahabat karib sejak tadika, Janeva Elianna Lasius and Adwiya Binti Ardin, telah dinobatkan sebagai johan festival seni dalam talian “American Charm” dalam kategori pertunjukan boneka pada 15 Oktober 2021.

Kedua-dua pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak ini telah menghantar rakaman video persembahan boneka bertajuk “Unga and Grandma Endang” ke pertandingan tersebut.

Cerita ini telah diadaptasikan dari mitos Nenek Endang iaitu seorang semangat penjaga keturunan yang muncul dalam mimpi mereka yang terpilih untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai bomoh kampung.

Kisah ini mengisahkan Unga yang mengalami kesukaran untuk tidur dan telah dilawati oleh Nenek Endang ketika dia bermimpi.

Nenek Endang telah memberi ilham kepada Unga untuk mencari jalan penyelesaian bagi gangguan yang kerap dialaminya pada waktu tidur.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, memuji inisiatif yang diambil oleh kedua-dua pelajar ini yang mempraktikkan kemahiran membuat boneka dari silibus pendidikan awal kanak-kanak yang mereka telah pelajari.

Dia juga berasa bangga kerana kejayaan ini mampu memberi kesedaran kepada orang ramai agar memelihara warisan budaya termasuklah kisah dongeng dan cerita rakyat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman itu boleh ditonton melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *