7,509 Kes Positif Baharu Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu positif Covid-19 mencatatkan sebanyak 7,509 kes hari ini meningkat sedikit berbanding 7,420 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,384,542 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *