Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli Bakal Hadapi Tuduhan Rasuah

Sumber berkata, Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli akan didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dipercayai berkaitan tuduhan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, individu itu akan didakwa pada jam 9 pagi.

SPRM tidak mendedahkan identiti Ahli Parlimen itu, tetapi sumber memberitahu FMT yang Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli, akan didakwa esok.

Sumber berkata, Rozman akan didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu.Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum RM10,000.Malaysiakini memetik seorang peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, mengesahkan wakil rakyat berkenaan adalah Rozman. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *