
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengumumkan kebenaran rentas negeri hanya akan berkuat kuasa 1 Nov ini.
Beliau dalam kenyataan berkata, kebenaran itu termasuk kemasukan ke Sabah untuk tujuan lawatan sosial serta pelancongan.

Katanya, kebenaran itu hanya untuk individu lengkap divaksin dan perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum memulakan perjalanan.
Hajiji berkata, pergerakan rentas daerah di seluruh Sabah dibenarkan mulai esok, selepas lebih 70% penduduk dewasa lengkap divaksin.
“Antara syarat ditetapkan termasuk individu lengkap divaksin, remaja berusia 12 hingga 18 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang lengkap divaksin,” katanya merujuk kebenaran rentas negeri dan daerah.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost