
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 9,751 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,323,478 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,796 kes.
Ia diikuti Sarawak dengan 1,339 kes, Kelantan (1,052), Johor (864), Sabah (705), Terengganu (650), Perak (643), Pulau Pinang (632), Kedah (578), Pahang (551), Kuala Lumpur (313), Melaka (244), Negeri Sembilan (243), Perlis (94), Putrajaya (45) dan Labuan (2).
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost