Penjawat Awam Positif Dadah Ditahan

Suspek – Foto Polis Daerah Beaufort

BEAUFORT: Seorang pejawat awam yang dikesan terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah ditahan di sebuah rumah di Kampung Sungai Labuan, Kuala Penyu, di sini, semalam.

Dalam operasi jam 7.40 petang itu, lelaki berusia 30 tahun terbabit ditahan dalam serbuan yang dijalankan hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, ketika ditahan, pemeriksaan terhadap rumah dan fizikal suspek tidak menemui sebarang kesalahan atau barang salah.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa balik ke Balai Polis Beaufort untuk membantu siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Suspek turut mengaku mendapatkan dadah jenis syabu daripada seorang pengedar tempatan yang dikenali sebagai ‘Mizan’ di Pekan Kuala Penyu,” katanya.

Menurutnya, suspek juga mengaku menagih dadah kerana terpaksa berdepan masalah keluarga.

“Suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *