
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 12,735 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,245,695 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,487 kes.
Ini diikuti Selangor dengan 1,940 kes, Johor (1,241), Kelantan (1,232), Kedah (1,033), Sabah (993), Perak (913), Pulau Pinang (763), Terengganu (726), Pahang (697), Kuala Lumpur (258), Melaka (194), Negeri Sembilan (132), Perlis (97), Putrajaya (28) dan Labuan (1).
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost