9 Daerah Terkecuali Apabila Sabah Beralih Ke Sistem Zon Mulai Esok

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sembilan daerah akan kekal dengan status sebagai sebuah daerah dan tidak termasuk dalam mana-mana zon apabila Sabah beralih ke sistem zon bermula esok 1 Oktober 2021.

Daerah tersebut ialah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan yang dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district).

β€œIni kerana daerah-daerah ini masih belum mencapai kadar 60% vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa,” jelas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan media hari ini.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, peralihan ke sistem zon itu melibatkan 18 daerah yang dibahagikan kepada lima kawasan zon.

Jelasnya, bermula 1 Oktober, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud akan menjadi Zon 1, sementara Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu dalam Zon 2; Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran dalam Zon 3; Lahad Datu dan Kunak dalam Zon 4; dan di bawah Zon 5 adalah Keningau, Tambunan dan Tenom.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik πŸ‘‰ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *