Zizi Kirana, Yusof Bahrin Sudah Nikah

KUALA LUMPUR: Penyanyi Zizi Kirana, 36, dan pelakon Yusof Bahrin, 29 selamat bernikah di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, jam 10.30 pagi hari ini.

Pereka fesyen yang juga pereka busana pernikahan pasangan itu, Shanell Harun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Alhamdulillah, Zizi dan Yusof dah selamat dinikahkan,” katanya.

Pada majlis itu, Zizi juga penyanyi lagu Eh menerima mas kahwin RM300, cincin berlian dan senaskhah al-Quran.

Sementara itu, pengurus Zizi iaitu Farahrizan Razak berkata, satu sesi sidang media bakal diadakan sebentar lagi.

Selamat pengantin baharu Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin. Semoga berkekalan hingga ke syurga.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *