Pelajar Sabah Johan Persembahan Puisi Di Festival Seni Amerika Syarikat

KENINGAU: Adra Cheery Sumping, pelajar Kolej Vokasional Keningau, telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori persembahan puisi di festival seni “American Charm” yang berpusat di Miami pada 15 September 2021.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran persatuan seni Monolit Festivals dan ianya terbahagi kepada beberapa kategori termasuklah tarian, muzik, nyanyian, teater dan lukisan.

Puisi yang disampaikan oleh Adra Cheery bertajuk “My Special Friend” yang bermaksud kawan istimewa saya. Ianya boleh diakses melalui pautan berikut: https://youtu.be/PtbAEpKLIuI

Puisi hasil karya asli Adra Cheery ini ditujukan khas kepada bekas kawan karibnya yang merupakan seorang individu berkeperluan khas yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas.

Puisi ini menceritakan ketabahan insan tersebut dalam mengharungi liku liku kehidupan dan akhirnya berjaya menemui bakatnya dalam bidang muzik.

Kawan karibnya itu telah berjaya memukau orang ramai dengan persembahan muziknya sebelum pergi buat selama-lamanya.

Puisi ini merupakan salah satu karya asli yang telah diterbitkan di majalah sastera Britain, Margate Bookie, untuk edisi Mei 2021.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menzahirkan rasa bangga dan terharu dengan penulisan dan persembahan puisi yang dihasilkan oleh pelajar ini kerana ianya menunjukkan nilai-nilai murni yang berjaya diterjemahkan ke dalam karya seni.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *