Lebih Separuh Penduduk Dewasa Di Sabah Lengkap Dua Dos Vaksin- Masidi

Masidi Manjun

KOTA KINABALU : Lebih separuh penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka hingga semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata hingga semalam 51.1 peratus atau lebih 1.33 juta penduduk dewasa negeri itu telah lengkap menerima suntikan vaksin berkenaan.

Beliau berkata 67 peratus atau lebih 1.88 juta penduduk dewasa Sabah pula telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

“Program vaksinasi di negeri ini berjalan lancar dan kita sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi ini bagi melindungi rakyat daripada COVID-19,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengulas kes positif COVID-19 hari ini, Masidi berkata Sabah mencatat 2,163 kes hari ini, turun sedikit  berbanding 2,246 semalam dan daripada jumlah kes itu 57.6 peratus atau 1,246 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

Beliau berkata daripada jumlah kes itu juga, 63.5 peratus atau 1,374 kes daripada kategori dua, 28.1 peratus atau 607 kes daripada kategori satu manakala bakinya kategori tiga, empat dan lima serta dalam siasatan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *