Polis Buru Lelaki Positif COVID-19 Lari Dari Hospital Lahad Datu

Firdaus Abdul Halim – Foto PDRM

LAHAD DATU : Polis sedang giat mengesan seorang lelaki positif COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Lahad Datu semalam. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata Firdaus Abdul Halim, 30, melarikan diri pada 8.10 malam ketika pihak hospital sedang menyiapkan dokumentasi lelaki berkenaan. 

Menurutnya lelaki itu datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu setelah mengalami gejala iaitu demam serta hilang deria rasa, dan susulan ujian calitan COVID-19, dia didapati positif COVID-19.

“Sewaktu proses dokumentasi dilakukan, lelaki itu bertindak melarikan diri dan pihak hospital membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Rohan Shah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu agar menghubungi  pengawai penyiasat polis, Marlisa Maedika di talian 0162194554 dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun keseksaan.

Sementara itu di Tawau, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas dalam kenyataan hari ini berkata kesemua tiga tahanan lelaki  positif COVID-19 yang meloloskan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC)  Dewan Arena pada Ahad lepas, berjaya ditahan semula. 

“Tahanan warga Indonesia iaitu Hashim Muhamad Syata, 34, dan Niko Matheus, 25, ditahan semalam … penahanan Hashim pada 12.30 tengah hari di Tawau Lama dan Niko pada 5.30 petang di Kampung Kau Sing.

“Manakala Jimnajir Annor, 23, warga Filipina ditahan pada 1.30 tengah hari tadi di Batu 15 di sini, ” katanya. 

Peter Umbuas berkata tangkapan itu dilakukan pasukan khas operasi Ops Kesan.  – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahposthttps://www.facebook.com/v3.1/plugins/comments.php?app_id=752856354791027&channel=https%3A%2F%2Fstaticxx.facebook.com%2Fx%2Fconnect%2Fxd_arbiter%2F%3Fversion%3D46%23cb%3Df1b445a3edac5e%26domain%3Dwww.sabahpost.net%26is_canvas%3Dfalse%26origin%3Dhttps%253A%252F%252Fwww.sabahpost.net%252Ff226ec035b10f48%26relation%3Dparent.parent&container_width=735&height=100&href=https%3A%2F%2Fwww.sabahpost.net%2F2021%2F09%2F07%2Fpkpd-di-dua-lagi-lokaliti-di-sabah-satu-disambung%2F&locale=en_US&numposts=5&order_by=social&sdk=joey&version=v3.1&width=

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *