Istana Negeri Sabah Kini Dikenali Istana Seri Kinabalu

Pintu gerbang laluan masuk Istana Negeri Sabah

KOTA KINABALU, 6 Sept : Istana Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Istana Seri Kinabalu, demikian menurut Warta Kerajaan Negeri Sabah. 

Warta itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong bertarikh 5 Ogos dan disiarkan pada 26 Ogos lepas.

Istana Negeri Sabah

Warta Kerajaan Sabah dengan nombor jilid LXXVI No 35 itu juga memaklumkan Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Menara Kinabalu.

Kenyataan di dalam warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk makluman umum. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *