Pengarah Kumpulan Agensi Insurans Berdepan Pertuduhan Mencabul

KOTA KINABALU: Seorang pengarah kumpulan sebuah agensi insurans berdepan dua pertuduhan mencabul kehormatan salah seorang ejennya di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh Zulkarnain Abdul Ghani, 55, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Stephanie Dunstan.

Pendakwaan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Mengikut pertuduhan, Zulkarnain didakwa mencabul seorang wanita berusia 23 tahun di dalam kereta pacuan empat roda miliknya, di Jalan Coastal, di sini, Febuari 2019.

Selain itu, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di dalam kereta mangsa di Jalan Lintas, di sini, pada November 2018.

Insiden berkenaan dikatakan menyebabkan mangsa tertekan sebelum bertindak berhenti kerja dengan tertuduh sekitar bulan Jun 2019.

Mangsa juga dikatakan masih trauma kerana sukar melupakan kejadian yang menimpanya sebelum nekad membuat laporan polis Mac tahun ini.

Mangsa juga dikatakan masih menjalani rawatan di Bahagian Psiakatri dan Kesihatan Mental, Hospital Queen Elizabeth 1 (HQEI) di sini, berikutan berada dalam keadaan ‘Post Traumatic Stress Disorder’.

Sementara itu, Majistret Stephanie menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 11 Oktober depan.

Tertuduh juga dibenarkan ikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Pertuduhan dijalankan pegawai pendakwa Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit Suzie manakala tertuduh diwakili peguam Kimberly dari Ram Singh Harbans & Co. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *