Pelajar KV Keningau Johan Pertandingan Bercerita Di Festival Seni Sepanyol

KENINGAU: Pasukan pelajar Kolej Vokasional Keningau yang telah menyampaikan empat kisah dongeng melalui rakaman video yang telah dihantar ke festival seni dalam talian “Paints of the Spanish Sun” yang berpangkal di Sepanyol pada 1 September 2021.

Pasukan yang terdiri daripada Aldiedianie Alexander, Dedryana Alessha Vitalis, Abbeylala Atirah Leminit dan Beatrice Verus telah mendapat tempat pertama di pertandingan anjuran European Association of Folklore Festivals tersebut.

Rakaman persembahan tersebut bolehlah diakses melalui pautan YouTube ini : https://youtu.be/zfauRqS4Xck

Setiap pelajar ini menyampaikan kisah dongeng secara berasingan melalui rakaman bertajuk “Sabah Folklore”.

Aldiedianie menyampaikan mitos berkenaan dengan penjaga hutan bernama “Tombiruo” yang membantu melindungi hutan dari sebarang ancaman.

Dedryana menceritakan kisah dongeng berkenaan dengan Bobolian yang bermaksud bomoh dalam bahasa Dusun.

Kisah dongeng ketiga bertajuk “Mondowoi” iaitu gergasi yang suka membantu orang-orang kampung dengan rutin seharian mereka manakala cerita terakhir mengisahkan pasangan suami isteri yang menunggu kelahiran anak pertama mereka.

Kedua-dua kisah dongeng ini masing-masing disampaikan oleh Abbeylala dan Beatrice.

engarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pasukan pelajar ini yang gigih mengasah bakat mereka serta membantu pemeliharaan warisan budaya melalui penceritaan kisah dongeng.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *