
PUTRAJAYA: Dua lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 4 hingga 17 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, PKPD itu dikenaan susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) di kawasan berkenaan.
Pelaksanaan PKPD di Sabah berkenaan adalah seperti berikut:
- Dua lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Taman Keramat dan Angkasa Apartment
Pahang - Tiga perkampungan Orang Asli di Temerloh melibatkan Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong
- Dua lokaliti di Kuantan membabitkan Penjara Penor dan Rumah Kongsi Pinggiran Goh
Sempalit di Mukim Raub
Penamatan PKPD di Sabah pada 3 September
- Kampung Pulau Penampang, Kota Kinabalu Sabah
- Dua lokaliti di Tawau Sabah, babitkan Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik
- Dua lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah melibatkan University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan
- Dua Perumahan Ladang di Beluran, Sabah membabitkan Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000 dan Perumahan Ladang Meridian Paitan
- Dua lokaliti di Telupit, Sabah iaitu Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost