
PUTRAJAYA: Sebanyak dua lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 31 Ogos ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, empat lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD;
Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 31 Ogos hingga 13 September adalah seperti berikut
- Kampung Bukit Gemuk, Tawau
- Kampung Nasakot, Ranau
Pelanjutan PKPD di Sabah pada 31 Ogos hingga 13 September
- Taman Megah Jaya (Lorong 2,3,9 & 10) Tawau, Sabah
Penamatan PKPD di Sabah pada 29 Ogos
Tiga lokaliti Kota Belud
- Kampung Mantanau
- Kampung Pirasan Ulu
- Kampung Suang Punggur
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost