Bekas Yang Di-Pertua Sabah, Tun Sakaran Meninggal Dunia

Sakaran Dandai dilantik sebagai Yang di-Pertua Sabah dari 1995 hingga 2002 selepas menjadi ketua menteri dari Mac hingga Disember 1994.

KOTA KINABALU: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia pada jam 6 pagi, hari ini.

Pemergian Allahyarham disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran ketika dihubungi sebentar tadi.

“Ya benar ayah kami sudah meninggal dunia pagi ini.

“Pihak hospital baru sahaja menghubungi pihak keluarga sebentar tadi.

“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya.

Pada 18 Ogos lepas, Sakaran dimasukkan ke hospital itu kerana disyaki dijangkiti COVID-19, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 25 Ogos.

Sakaran, 91, berasal dari Semporna berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah kelapan pada 1994.

Allahyarham memainkan peranan penting untuk Sabah dan negara khususnya, dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi dan pendidikan masyarakat serta menyebarluaskan kesusasteraan Islam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *