4 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 30 Ogos

PUTRAJAYA: Sebanyak empatlagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 30 Ogos ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, empat lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD;

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 30 Ogos hingga 12 September adalah seperti berikut

Empat lokaliti di Putatan

  • Taman Ketiau
  • Platinum Apartment
  • Taman Teluk Villa
  • PPR Taman Sri Serigai

Pelanjutan PKPD pada 30 Ogos hingga 12 September

  • Kampung Tuhau Matunggong, Kudat, Sabah

Penamatan PKPD di Sabah pada 29 Ogos:

  • Dua lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya
  • Dua lokaliti di Ranau melibatkan Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang
  • Perumahan Ladang Excellent Challenger 2 Beluran
  • Pekan Donggongon Penampang melibatkan Blok G,H,K,L Megalong
  • Kawasan Perbandaran Donggongon Fasa 2
  • Kampung Sembirai Lebak Engad Kota Belud

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *