Anak Lelaki Bekas KM Sabah Musa Aman, Meninggal Dunia

KOTA KINABALU, 24 Ogos : Anak lelaki kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Kenyataan dikeluarkan pejabat Musa mengesahkan pemergian Mohammed Hayssam Musa, 34, yang juga adik kepada Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa. 

“Dengan amat dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa Mohammed Hayssam Musa meninggal dunia pada 24 Ogos 2021. Allahyarham meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh sangat sukar ini. Semoga Allah merahmati dan menempatkan roh arwah dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut kenyataan itu hari ini.

Berita pemergian Mohammed Hayssam yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu tersebar di media sosial, dengan pelbagai pihak turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *