23,465 Kes Baharu Covid-19 Angka Tertinggi , 233 Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi kes harian Covid-19 dengan 23,564 jangkitan dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Rekod sebelumnya adalah 22,948 kes yang dicatat semalam.

Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,513,024.

Hisham berkata, terdapat 21,448 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 1,241,894.

Terdapat 257,417 kes aktif dengan 1,062 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 518 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 233 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 13,713 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 6,974.

Ia diikuti oleh Sabah (2,738), Sarawak (2,548), Kedah (1,932), Kuala Lumpur (1,652), Pulau Pinang (1,523), Johor (1,323), Kelantan (1,281), Perak (1,248), Melaka (610), Negeri Sembilan (608), Terengganu (521), Pahang (517), Perlis (64), Putrajaya (24) dan Labuan (1).

Hisham berkata, 233 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 101 kes di Selangor, 31 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 23 kes di Johor, 17 kes di Sabah, 16 kes di Perak, 15 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Negeri Sembilan,

Manakala, sembilan kes di Kedah, empat kes di Terengganu, serta masing-masing tiga kes di Kelantan dan Pahang.

“Kes kematian itu membabitkan 199 warganegara dan 34 orang bukan warganegara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 19 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.31), diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.22), dan Sarawak (nilai RT 1.21).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *