
KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata sebanyak sembilan lagi lokaliti di Sabahdikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 22 Ogos hingga 4 September ini.
Beliau berkata, PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.
Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 22 Ogos hingga 4 September seperti berikut:
- Empat lokaliti di Kota Belud, Sabah iaitu Kampung Kulambai Kupang dan Kampung Kulambai Dundau; Kampung Labuan; Kampung Ambong Tolus dan Kampung Tuguson.
- Dua lokaliti di Lahad Datu iaitu Perumahan Ladang Cantawan, Silabukan dan Perumahan Lestari Felda Sahabat 48.
- Dua lokaliti di Tawau iaitu Taman Millennium dan Taman Kinabutan Ria.
- Kampung Tangkuyan, Tongod.
Pelanjutan PKPD di Sabah bermula 22 Ogos hingga 4 September seperti berikut:
- Bandar Sinsuran, Kota Kinabalu
- Dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Universiti Condominium Apartment Fasa 2 dan Rumah Murah Kepayan.
Penamatan PKPD di Sabah pada 20 dan 21 Ogos
- Kampung Lohan 1, Ranau, Sabah
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost