Muhyiddin Tandatangan SD Sokong Ismail Sabri Sebagai PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara 100 orang ahli Parlimen yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.


Menurut sumber Bersatu, semua ahli Parlimen mereka menyokong pencalonan Ismail Sabri termasuk Presidennya.
Bagaimanapun sokongan ini mungkin berubah jika Umno gagal mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Ismail Sabri Yaakob.


Semalam Biro Politik Umno dikatakan berpecah dua antara kumpulan mahukan hanya nama Ismail Sabri di hantar dengan satu kumpulan lagi yang mahukan  beberapa nama dihantar.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *