10 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 19 Ogos hingga 1 September depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md Saad berkata, dua lokaliti di Kota Belud, Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Kuala Abai dan Kampung Payas-payas.

Menurutnya, dua lokaliti di Penampang, Sabah iaitu Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park turut dikenakan PKPD.

“Selain itu, lokaliti lain yang dikenakan PKPD ialah Kampung Iburu dan Kampung Meligan di Sipitang, Sabah; Taman Ria Height, Tawau, Sabah dan Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu, Sabah.

“Turut dikenakan PKPD ialah Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran, Sabah.

“MKN juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di Kampung Banjar, Keningau, Sabah dan Kem 3 Sibulu, Tenom, Penampang Baru, Penampang, Sabah dan Depot Tahanan Imigresen Tawau, Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *