Sebelum Pembentukan Malaysia, Sabah Pernah Sertai Olimpik 1956, Hantar 2 Atlet

Walaupun temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 telah melabuhkan tirai pada Ahad lalu, namun kejayaan para atlet negara masih dirasai hingga hari ini.

Tetapi kali ini SK nak kongsikan satu fakta menarik kepada korang semua tentang negeri Sabah pernah menyertai Sukan Olimpik suatu ketika dulu. Sebelum Sabah bergabung dengan Malaysia pada tahun 16 September 1963, negeri ini di bawah naungan kerajaan Brunei.

Pernah menyertai sukan Olimpik 1956

Jadi, jangan pelik jika Sabah pernah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956, kerana ketika itu Sabah dikenali sebagai Borneo Utara (North Borneo) dan pernah menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Tiktok Sir Syahmi memaklumkan pada ketika itu Sabah kali pertama dan kali terakhir menyertai Sukan Olimpik. Walaupun para atletnya tidak membawa pulang pingat namun nama negeri tersebut terpahat dalam dunia sukan Olimpik.

Ini antara bendera North Borneo suatu ketika dahulu, Ia mempunyai dua versi yang berbeza mengikut tahun.

Bendera dari tahun 1902-1946

Bendera dari tahun 1948-1963

Menariknya, hanya dua atlet sahaja yang mewakili negara ini iaitu Datuk Gabuh Piging dan Datuk Sium Diau, kedua-duanya menyertai acara lompat kijang.

Gabuh, yang ketika itu berusia 24 tahun berada di kedudukan ke-24 dengan jarak 14.55m, manakala Sium Diau, 21 tahun, menamatkan saingan di tempat ke-28 dengan 14.09m.

Carta nama negara yang sertai Sukan Olimpik Melbourne ketika itu. 

Jika anda dapat lihat, dalam senarai tersebut ada terselit nama Malaya (Malaysia) pada ketika itu termasuklah negara North Borneo.

Ini antara gambar momen di acara Sukan Olimpik Melbourne 1956
Para wakil dari North Borneo, Foto: State Library of Victoria

Jadi, orang Sabah mesti bangga kan sebab negeri mereka pernah bertanding dalam temasya sukan yang berprestij di seluruh dunia iaitu di Sukan Olimpik Melbourne 1956.

Sumber Rujukan : Syahmi92, Book Of Olympic , Wikipedia , SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *