Covid-19 : 19,991 Kes Baharu Dicatat Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kes baharu Covid-19 adalah sebanyak 19,991 kes. Ini menjadikan kes kumulatif adalah 1,299,767.

Menerusi laman Twitter Dr Noor Hisham menunjukkan negeri Selangor kekal mencatat kes tertinggi iaitu pada 7,338.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,374), Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344), Kelantan (1,030), Perak (953), Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Pahang (539), Terengganu (378), Putrajaya (76), Perlis (24) dan Labuan (1).

Bagaimanapun, negeri Kedah terus catat peningkatan kes cecah angka 1,830 kes pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *