11 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 12 Ogos

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 12 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein dalam kenyataan berkata, satu lokaliti di Pahang juga terlibat dalam pelaksanaan PKPD.

Berikut adalah perincian lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD Di Sabah bermula 12 hingga 25 Ogos adalah seperti berikut

Lokaliti di Sabah adalah tiga di Kota Kinabalu membabitkan Kuarters Kilang J&L di Jalan Kokol, Kampung Gudon di Manggatal dan Kampung Lobou.

Selain itu, Kampung Menunggui, Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut, Papar; Kampung Petagas, Putatan; Kampung Pogunon, Penampang; Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau; Kampung Batu 1 Sipitang; Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan Kampung Batu-Batu, Tenom.

Penamatan PKPD pada 11 Ogos

  • Lima lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Unggun, Lorong Cina 1, 2 & 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher dan Polytechnic Commercial Centre
  • Lapan lokaliti di Penampang melibatkan Country Height Fasa 1, 2 & 3 (termasuk Bangunan Kedai), Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon
  • Empat lokaliti di Beaufort melibatkan Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna
  • Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan
  • Tiga lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah

Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, sebanyak 180 kompaun dikeluarkan dan 21 lagi direman atas kesalahan ingkar SOP semalam.

Katanya, sebanyak. 60 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Menurutnya, seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, manakala dua kenderaan kapal/bot dan dua kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *