Kesan Sampingan Dos Ketiga Pfizer Sama Seperti Dos Kedua

BAITULMUQADDIS: Kebanyakan penduduk yang menerima suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 keluaran Pfizer bakal mengalami kesan sampingan sama seperti suntikan dos kedua.

Penelitian itu dibuat berdasarkan pemantauan awal selepas Israel mula memberikan suntikan dos tambahan kepada penduduknya sejak 10 hari lalu.

Suntikan tersebut diberikan kepada penduduk berusia atas 60 tahun dan merupakan sebahagian daripada usaha mengekang penularan varian Delta.

Agensi perubatan Israel, Clalit memaklumkan, lebih 240,000 penduduk sudah menerima dos ketiga vaksin Pfizer.

Kira-kira 4,500 penduduk yang menerima suntikan tambahan itu dari 30 Julai sehingga 1 Ogos lepas memberi reaksi terhadap kaji selidik yang dilakukan.

Sebanyak 80 peratus responden memaklumkan mereka mengalami kesan sampingan sama seperti menerima suntikan dos kedua.

Sebanyak 31 peratus lagi memaklumkan mereka berasa sakit pada lengan yang disuntik dan kira-kira 0.4 peratus memberitahu sukar bernafas. – Reuters / Utusan

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *