Apa Yang Dibenarkan Untuk Penerima Vaksin Penuh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kelonggaran untuk individu yang lengkap dua dos vaksin berkuat kuasa Selasa ini.

Aktiviti dibenarkan untuk semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara:

  • Hanya aktiviti solat dibenarkan di masjid dan surau bagi jemaah lengkap divaksin.
  • Penganut bukan Islam dibenar bersembahyang di rumah ibadat masing-masing.
  • Suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas daerah atau negeri berjumpa satu sama lain.
  • Ibu bapa lengkap divaksin dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah 18 tahun.
  • Pengembara warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia, termasuk penduduk tetap (PR) dan peserta Malaysia MY Second Home boleh menjalani kuarantin wajib di rumah, dengan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital akan diberikan.

Aktiviti dibenarkan untuk negeri Fasa 2 dan ke atas:

  • Aktiviti sukan dan riadah outdoor tanpa sentuhan fizikal, tetapi bukan berkumpulan dari 6 pagi hingga 10 malam.
  • Rentas daerah.
  • Makan di dalam restoran atau “dine-in”.
  • Melancong dalam negeri sama membabitkan rumah inap desa dan hotel.

Muhyiddin berkata, kemudahan di sektor ekonomi yang sedang dibincang dan dipertimbangkan sidang khas Majlis Keselamatan Negara akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Beliau mengarahkan Menteri Dalam Negeri memastikan semua kementerian dan agensi bertanggungjawab mempergiatkan penguatkuasaan serta pemantauan ke atas kemudahan yang diberikan.

Katanya, kelonggaran itu tidak bermakna rakyat boleh mengabaikan SOP yang ditetapkan.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak menarik semula kemudahan yang diberikan, jika berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan dan SOP.”

c

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *