Bayi Selamat Dilahirkan, Siti Sarah Masih Kritikal Di ICU

Siti Sarah bersama keluarganya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah yang kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi.

Pengurusnya, Nana Mohamad Rom bagaimanapun memaklumkan keadaan Siti Sarah masih belum stabil. 

“Untuk makluman Sarah melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya. 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah dimasukkan ke ICU HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.

Sebelumnya, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *