
KUALA LUMPUR: Seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan kekal bersama kerajaan sehingga sesuatu diputuskan di persidangan Dewan Rakyat, September ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka mengambil pendirian untuk patuh dengan titah Yang di-Pertuan Agong seperti dizahirkan ketika menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Katanya, sebagai kerajaan bertanggungjawab, fokus utama ketika ini adalah untuk membantu rakyat berdepan Covid-19.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, mereka berpendirian untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbiran.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost