Orang Ramai Dinasihatkan Elak Berada Di Kawasan PKPD – Polis Penampang

Haris

PENAMPANG: Masyarakat di daerah ini dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan Penampang Baru yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 18 Ogos depan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, penguatkuasaan itu termasuk penutupan Pasaraya Survey Penampang Baru.

Katanya, tinjauan pasukan pemantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati masih terdapat yang melakukan urusan di kawasan berkenaan.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menasihati orang ramai supaya tidak berada di kawasan berkenaan.

“Ia bagi tempoh sehingga pelaksanaan PKPD ditamatkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Haris berkata, masyarakat dinasihatkan supaya terus patuh dengan arahan dan menuruti prosedur operasi standard (SOP) PKPD ditetapkan. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *