Lagi Rekod Tertinggi! 20,596 Kes Dicatatkan Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 20,596 kes Covid-19 direkodkan hari ini, rekod tertinggi yang mencecah angka 20,000 buat kali pertama, lapor Kementerian Kesihatan.

Bilangan kes tertinggi direkodkan adalah semalam dengan 19,819 jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Twitter, jumlah keseluruhan jangkitan kini adalah 1,203,706.

Selangor kekal merekodkan bilangan tertinggi dengan 8,549 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,163), Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062), Pulau Pinang (1,022), Negeri Sembilan (989), Perak (916), Sarawak (759), Kelantan (772) Melaka (622) , Terengganu (501), Pahang (426), Putrajaya (50), Labuan (15) dan Perlis (empat).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost