Rekod Tertinggi 19,819 Kes Covid-19 Dicatat Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan rekod tertinggi 19,819 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,183,110 kes.

Rekod terdahulu ialah 17,786 kes yang dicatatkan pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 8,377 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 8,377 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,467), Kedah (1,371), Johor (1,162), Sabah (949), Negeri Sembilan (800), Penang (867), Perak (662), Melaka (508), Pahang (558), Sarawak (552), Kelantan (1,003), Terengganu (481), Putrajaya (46), Perlis (11) dan Labuan (5).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost