7 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 2 Ogos

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh lokaliti di Sabah dan dua di Pahang diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 2 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini, memaklumkan berkenaan lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Berikut Tujuh lokaliti di Sabah dilaksanakan PKPD bermula 2 hingga 14 dan 15 Ogos :

  • Sabah;Lima lokaliti di Kota Kinabalu, melibatkan Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Darau, Menggatal, Kampung Rakyat Baru, Kuarters Pekerja Imbas Jaya, dan Jalan Kionsom ( 2 hingga 14 Ogos )
  • Dua lokaliti di daerah Beaufort, melibatkan Kampung Melulugus dan Lorong 3, Kampung Klias Baru

Penamatan PKPD pada 1 Ogos di Sabah :

  • Apartment Seri Maju, Kota Kinabalu, Sabah
  • Kampung Simpangan, Kota Marudu, Sabah
  • Dua lokaliti di Tawau, Sabah iaitu; QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari
  • Taman Zifa, Bingkul, Beaufort, Sabah

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, 290 orang ditahan kerana mengingkari SOP, dengan 219 daripadanya dikompaun dan 71 lagi direman.

Katanya, 61 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Beliau berkata, 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan satu kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *