Covid-19: Sabah Catat Lebih Seribu Kes Baharu Dua Hari Berturut-Turut

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan 1,035 kes positif Covid-19 baharu melebihi paras seribu untuk dua hari berturut-turut dengan daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 212 kes.

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, “Kontak rapat terus menyumbang peratusan tertinggi sebanyak 497 kes daripada jumlah kes keseluruhan dan saringan kes bagi kluster sedia ada menyumbang sebanyak 18.5 peratus bersamaan 191 kes.

“Saringan bergejala menyumbang kes kedua tertinggi hari ini sebanyak 251 kes bersamaan 24.3 peratus dan ini adalah satu petanda jelas bahawa COVID-19 sudah pun berada dalam komuniti dan jangkitan berlaku secara sporadik,” katanya.

Tambahnya 115 dpd kes hari ini adalah saringan daripada tahanan bagi kesalahan Imigresen, empat di penjara Kota Kinabalu dan 111 daripada Depoh Tahanan Imigresen Tawau yang dimasukkan dalam kategori bergejala.

Katanya Kerajaan Negeri melalui agensi penguatkuasa akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan SOP dipatuhi dan pada masa sama meningkatkan keupayaan  memberi vaksinasi kepada semua penduduk pada kadar lebih cepat.

Masidi berkata dua lagi kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Gambaron Dua, Telupid yang mencatatkan 53 kes setakat ini manakala Kluster Jalan Corak Tongod yang sudah merekodkan 12 kes.

Berikut senarai pecahan kes baharu mengikut Daerah:

Kota Kinabalu 212
Tawau 139
Tuaran 72
Telupid 71
Kota Marudu 70
Penampang 67
Sandakan 52
Keningau 49
Beaufort 45
Papar 42
Beluran 35
Kinabatangan 33
Sipitang 33
Kunak 22
Lahad Datu 21
Putatan 17
Kudat 10
Tenom 8
Kalabakan 6
Nabawan 6
Semporna 5
Kota Belud 5
Pitas 5
Tongod 4
Ranau 4
Tambunan 2
Kuala Penyu 0
*Kluster Baru *

  1. Kluster Gambaron Dua,
    Telupid 53(+41) (komuniti)
  2. Kluster Jalan Corak,
    Tongod 12(+1) (komuniti)

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *