17,405 Kes Baharu Covid-19, Tertinggi Sejak Pandemik Bermula

Sebelum ini, angka kes baharu paling tinggi pernah direkodkan negara ialah 17,045 kes.

PUTRAJAYA: Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 17,405 kes dalam tempoh 24 jam lalu, tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu bermula.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,061,476 kes.

Sebelum ini, angka kes baharu paling tinggi pernah direkodkan negara ialah 17,045 kes.

Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 7,171 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112 kes), Sabah (913 kes), Negeri Sembilan (863 kes), Johor (767 kes) dan Pulau Pinang (760 kes).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost