Wajibkan Pemberian Vaksin, Jadikan Mandatori – Bung Moktar

Datuk Seri Bung Moktar Radin.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan supaya pemberian vaksin diwajibkan secara mandatori kepada semua rakyat Malaysia.

Katanya, ia bagi memastikan keseluruhan rakyat divaksin demi kebaikan bersama.

“Wajibkan vaksin, jadikan mandatori. Tak boleh ada yang mahu, ada yang tak mahu. Bahaya kita. Saya yakin bila sudah divaksin, kita boleh hidup dalam komuniti yang semua sudah ada vaksin.

“Kalau di US (Amerika Syarikat), di Rusia, mereka pergi rumah ke rumah, check (periksa) rumah ke rumah.

“Kita di sini bahaya pula. Patutnya di kampung-kampung tidak perlu panggil-panggil, kita pergi rumah ke rumah, asal dia belum ambil vaksin, bagi dia suntikan, baru kita selamat,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, wabak berkenaan gejala Covid-19 ini memusnahkan negara dan ekonomi.

Katanya, tindakan pantas perlu diambil bagi memastikan keadaan kembali pulih.

“Gunalah kepintaran yang ada, belilah (vaksin) banyak-banyak. Macam di Singapura, penghuninya empat juta tapi dia sudah order (tempah) 20 juta dos. Kenapa kita tidak boleh, apa masalah kita,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *