Zahid Hamidi, Nik Abduh Antara 35 Ahli Parlimen Yang Disahkan Positif Covid-19

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara Ahli Parlimen yang disahkan positif COVID-19.

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, dilaporkan antara 35 individu yang positif COVID-19.

Kesemua 35 individu berkenaan selain Ahli-Ahli Parlimen ialah petugas-petugas Parlimen yang menjalani ujian saringan pada Jumaat.

Portal Utusan Malaysia melaporkan sumber sebagai berkata, selain Zahid, yang turut dijangkiti COVID-19 ialah Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Selain itu, portal berkenaan tersebut turut melaporkan terdapat Ahli Parlimen yang mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.

Sementara itu, dimaklumkan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.

serta kesemua pegawainya adalah negatif COVID-19 selepas menjalani ujian, kata Pegawai Komunikasi Strategik beliau, Muhammad Afiq Mohd Hanif.

Terdahulu, tiga Ahli Parlimen didapati gagal dalam ujian saringan COVID-19 semalam.

Sumber memberitahu, empat orang lagi Ahli Parlimen disahkan kontak rapat.

Difahamkan ketujuh-tujuh Ahli Parlimen itu kini dilaporkan sedang menjalani kuarantin wajib. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *