Bayaran i-Sinar Ogos Diawalkan 26 & 27 Julai Ini, Bayaran i-Citra Bermula 2 Ogos- KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini telah memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos akan diawalkan kepada 26 dan 27 Julai 2021 tidak lama lagi.

Menerusi ciapan di Twitter, KWSP juga mengatakan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga lima hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Sementara itu, bayaran i-Citra pula akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021. Lebih kurang sama seperti i-Sinar, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Manakala, bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Anda boleh menyemak dan mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh menghubungi talian 03-8922-4848 jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar dan i-Citra.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *