Rekod Tertinggi 15,573 Kes Covid-19, 144 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi 15,573 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebelum ini rekod tertinggi adalah 13,215 kes pada 15 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 147,386 kes aktif dengan 939 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 456 memerlukan bantuan pernafasan.

Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 980,491 manakala, kes sembuh pula sebanyak 10,094 dengan 825,387 jumlah kumulatif.

Sementara itu, sebanyak 144 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 7,718.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,672 kes.

Diikuti Kuala Lumpur (2,063), Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415), Kelantan (372), Terengganu (229), Putrajaya (41), Labuan (21) dan Perlis (tiga).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *