13,034 Kes Baharu Covid-19, 134 Kematian

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 13,034 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 142,051 aktif dengan 938 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 459 memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 964,918 manakala, kes sembuh pula sebanyak 8,436 dengan 815,293. jumlah kumulatif.

Sementara itu, sebanyak 134 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 7,574.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,049 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur (1,611), Johor (791), Negeri Sembilan (711), Kedah (701), Sarawak (644), Sabah (497), Terengganu (391), Pulau Pinang (371), Melaka (353), Perak (284), Pahang (261), Kelantan (240), Putrajaya (100) Labuan (24) dan Perlis (enam).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost