11,985 Kes Covid-19 Direkodkan Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 11,985 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 951,884 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 5,550 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,174), Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Melaka (453), Sabah (474), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274), Sarawak (261), Terengganu (171), Putrajaya (51), Labuan (35) dan Perlis (dua).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost