Pemandu Teksi Airport Mengamuk, Rempuh 3 Kenderaan Di KKIA

Pemandu yang merempuh tiga kenderaan terbaring di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsan Kota Kinabalu (KKIA).

KOTA KINABALU: Berang barisan menunggu pelanggan dipotong rakan. Seorang pemandu kereta Teksi Airport Limo mengamuk sehingga nekad merempuh tiga kenderaan dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, lelaki berusia awal 60-an terbabit yang hilang pertimbangan difahamkan gagal dihalang oleh rakan-rakan sekerja di tempat kejadian.

Kenderaan dipandu suspek merempuh kenderaan lain di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsan Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Kejadian terbabit yang tular di media sosial turut menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ramai netizen yang tertanya-tanya punca sebenar kejadian.

Malah ada yang cuba mengaitkan kes kehilangan pertimbangan itu sebagai kesan daripada penularan Pandemik Covid-19 yang menyempitkan hidup sesetengah masyarakat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian untuk tindakan selanjutnya. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *