10 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai Rabu

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di 10 lagi lokaliti di Sabah mulai Rabu ini sehingga 3 Ogos.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Sabah membabitkan Kampung Marau dan Kampung Kebawang, Sipitang; Kampung Pituru Kinarut, Papar serta Kampung Meruntum, Putatan.

“Selain itu, turut dilaksanakan PKPD adalah empat lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas, Simpang 3, Pusat Api-Api Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher, Likas; Kampung Salut, Telipok dan dua lokaliti di Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 2 serta Cybercity Fasa 2.

Katanya, tiga kawasan PKPD ditamatkan membabitkan Kampung Baru Batu 2 Jalan Apas, Tawau; Kampung Ejuk, Kota Belud dan Kampung Warisan Kota Kinabalu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *