Kelonggaran Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Diumum Selepas Aidiladha

Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran buat individu lengkap dua dos vaksin selepas Hari Raya Aidiladha, kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, jawatankuasa teknikal sedang membuat kajian terperinci ketika ini dan akan diputuskan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Kita akan beri kelonggaran kepada rakyat yang telah mendapat dua dos vaksin. Sekarang jawatankuasa teknikal sedang mengkaji secara terperinci siapa yang boleh bergerak dan dilonggarkan untuk mereka yang mendapat dua dos vaksin.

“Malah kerajaan juga sedang mengkaji sektor yang boleh dilonggarkan apabila mendapat dua dos vaksin. Jadi perkara ini sedang diteliti selepas Aidiladha kita akan umumkan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan program “MinDef Prihatin” di Wisma Pertahanan, hari ini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat MPN minggu ini.

Kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang lengkap dos vaksin masing-masing.

Jelas beliau, ia kemungkinan termasuk mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *