Pelajar Istimewa KV Keningau Juara Puisi Bahasa Isyarat Di Karnival Seni Amerika Syarikat

KENINGAU: Dymphna Simon, pelajar istimewa dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah telah mendapat tempat pertama bagi kategori puisi bahasa isyarat di festival seni dalam talian yang berpangkal di Amerika Syarikat pada 15 Julai 2021.

Dymphna telah merakam persembahannya puisinya yang bertajuk “ngakak” yakni makhluk mitos di kalangan masyarakat Sabah dengan bimbingan guru pendidikan khas, Ayvasvina Istiniza Anang Unong, pada awal tahun 2021.

Rakaman persembahan tersebut telah dihantar ke International Festival Online Competition “American Charm” 2021 anjuran Monolit Festivals yang merupakan organisasi seni yang berpusat di Barcelona, Sepanyol.

Rakaman persembahan tersebut boleh ditonton melalui pautan berikut: https://youtu.be/2C6vKtkBolU

Dymphna Simon mempersembahkan puisi bertajuk “Ngakak” yang merupakan makhluk mitos yang ditakuti penduduk kampung pada masa dahulu.

Salah satu justifikasi pemilihan puisi berkenaan adalah untuk menggalakkan masyarakat agar memelihara warisan budaya termasuklah mitos dahulukala melalui karya sastera dan persembahan seni.

Pasukan pelajar dan guru pendidikan khas KV Keningau tekad dalam misi mereka untuk membuka laluan kepada individu berkeperluan khas agar dapat menyertai aktiviti yang kebiasaannya menggunakan bahasa lisan melalui alternatif lain seperti bahasa isyarat.

Ternyata pasukan sekolah ini berjaya membuktikan bahawa bahasa isyarat mampu digunakan dalam seni persembahan dan menyampaikan mesej karya sastera.

Selain persembahan puisi yang disampaikan oleh Dymphna Simon ini, terdapat banyak lagi persembahan lain yang telah pasukan ini usahakan.

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menzahirkan rasa bangga beliau dengan pencapaian pelajar ini dan berharap ianya mampu memberi impak kepada sistem pendidikan khas di negara ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *