23 Rumah, 5 Kereta & 6 Motosikal Musnah

23 buah rumah atas air, lima buah kenderaan dan enam motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada jam 4.32 awal pagi hari ini. – Foto Bomba

KOTA KINABALU, 18 Julai : Dua puluh tiga buah rumah jenis tidak kekal yang dibina atas air di Kampung Tanjung Aru Baru di sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Kebakaran pada pukul 4.32 pagi itu merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh singkat di kampung itu, yang mengakibatkan 33 rumah musnah pada 25 Mei lepas manakala 10 rumah lagi pada 6 Julai lepas.

23 buah rumah atas air, lima buah kenderaan dan enam motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada jam 4.32 awal pagi hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu melalui talian Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999).

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digegaskan ke tempat kejadian sejauh tiga kilometer itu dengan dibantu anggota BBP Penampang. Bomba mengalami kesukaran ke lokasi kejadian disebabkan laluan jalan yang sempit,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran itu turut memusnahkan lima kereta dan enam motosikal namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi pemadaman tamat pada pukul 8.03 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

23 buah rumah atas air, lima buah kenderaan dan enam motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada jam 4.32 awal pagi hari ini. – Foto Bomba
23 buah rumah atas air, lima buah kenderaan dan enam motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada jam 4.32 awal pagi hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *