12,528 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 12,528 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan 905,851 kes yang direkodkan berlaku dalam negara.

Jumlah kes baharu itu menurun 13 kes berbanding semalam, 12,541.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di Twitter berkata, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 4,985 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,740) Negeri Sembilan (1,280 kes), Kedah (701 kes), Sabah (647 kes), Johor (625 kes), Melaka (569 kes) dan Perak (428 kes).

“Pahang pula mencatatkan 317 kes, Sarawak (388 kes), Pulau Pinang (396 kes), Kelantan (211 kes), Terengganu (177 kes), Putrajaya (41 kes) dan Labuan (22 kes).

“Perlis pula mencatat satu kes Covid-19,” katanya.

Sebelum ini jumlah tertinggi kes harian yang pernah dicatatkan negara adalah 13,215 kes iaitu pada Khamis.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *